Berita UtamaDunia

Israel rampas wang sumbangan untuk keluarga tahanan Palestin

Kononnya ia dana aktiviti ‘pengganas’ sistematik, teratur

TEL AVIV, 19 Safar 1442H, Rabu – Menteri Pertahanan Israel, Benny Gants pada Selasa menandatangani empat perintah bagi merampas wang yang diserahkan kepada keluarga tahanan warga Palestin.

Memetik akhbar Jerusalem Post, agensi berita Anadolu melaporkan, perintah itu menyasarkan dana yang dipindahkan oleh Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) kepada warga Palestin yang menjalani hukuman penjara di negara mereka atas tuduhan kononnya dianggap sebagai pengganas.

“Rampasan itu juga dilakukan kerana membabitkan sebahagian daripada dana aktiviti ‘pengganas’ yang sistematik dan teratur, selain ganjaran kepada tahanan dan keluarga mereka,” dakwa Jerusalem Post.

Bukan itu sahaja, perintah berkenaan turut menghalang pemindahan dana kepada ibu kepada Allahyarham Abdel-Rahman Shaloudi – yang terkorban akibat melanggar orang ramai di stesen kereta api di Baitulmaqdis, menurut pihak berkuasa Israel.

Selain itu, Israel bertindak keras apabila memantau bank-bank Palestin serta menghalang proses pengiriman wang kepada keluarga tahanan Palestin daripada berlaku.

Sumber Palestin melaporkan, bahawa bank di negara itu telah menutup lebih daripada 250 akaun tahanan dan ahli keluarga mereka bulan ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button