Berita Utama

Kes Adib: Kenapa kerajaan Melayu Islam diam diri?

Pesalah sebabkan kematian Allahyarham perlu dihukum sewajarnya

BANGI, 19 Safar 1442H, Rabu – Perjuangan keluarga anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mesti dibela, tegas Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Haji Omar Kassim.

Beliau berkata, pesalah yang mengakibatkan kematian Allahyarham Muhammad Adib tidak seharusnya dilindungi, sebaliknya mesti dibawa ke muka pengadilan dan dihukum.

“Kerajaan Melayu Islam yang diharapkan membela arwah mendiamkan diri.

“Kematian Adib adalah bukti betapa murahnya nyawa seorang penjawat awam di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Terdahulu, buku biografi ‘Muhammad Adib’ dilancarkan di Pejabat Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Bangi, hari ini.

Penulis buku berkenaan yang juga adik kepada Allahyarham Muhammad Adib iaitu Siti Aishah Mohd Kassim, 20, berkata, buku itu ditulis bagi menyimpan semua memori bersama abangnya.

Allahyarham yang juga anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan ketika kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November 2018.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir pada 17 Disember 2018 di Institut Jantung Negara (IJN).

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button