Tidak khusyuk ketika solat

SETIAP muslim hendaklah berusaha untuk khusyuk ketika solat. Bayangkan sekiranya bos kita sedang bercakap dengan kita sedangkan kita sibuk bermain telefon. Begitulah perumpaan orang yang sedang berada di hadapan Allah, namun jiwanya sibuk dengan urusan dunia.
2. Rasulullah pernah berpesan dalam sabdanya:
فَإِذَا صَلَّيْتُمْ فَلَا تَلْتَفِتُوا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْصِبُ وَجْهَهُ لِوَجْهِ عَبْدِهِ فِي صَلَاتِهِ مَا لَمْ يَلْتَفِتْ
“Apabila kamu mendirikan solat, maka janganlah hati kamu berpaling (dari Allah). Sesungguhnya Allah menghadapkan wajahNya kepada wajah hambanya selagi hambanya tidak berpaling.” (HR al-Tirmizi, dinilai Sahih)
3. Justeru, ambillah pengajaran dari hadis ini. Cubalah khusyuk ketika solat kerana sesungguhnya Allah sentiasa mengadap kita selagi mana hati kita tidak berpaling dariNya.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr Ahmad Sanusi Azmi