Berita UtamaPendapat

Kes COVID-19 meningkat, tangguh dahulu sebarang pilihan raya

Ini masa kerajaan, pembangkang selesai masalah rakyat

PENINGKATAN kes wabak COVID-19 di seluruh negara dengan mendadak amat membimbangkan.

Bukan sahaja masalah kesihatan yang akan ditanggung, malah kesan kepada ekonomi negara yang menjejaskan kehidupan rakyat akan menimbulkan situasi buruk kepada negara.

2.Pada masa yang sama, kemelut politik semasa dalam kegilaan merebut kuasa antara ahli-ahli politik, menjadikan keadaan lebih parah dan rakyat mula muak dengan sifat tamak dan haloba, mementingkan diri masing-masing.

3.Dalam situasi semasa ini, saya ingin memcadangkan kita menangguhkan semua pilihanraya, samada Pilharan Raya Umum ke-15 (PRU15), Pilihan Raya Negeri(PRN) atau Pilihan Raya Kecil (PRK) demi keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan rakyat.

Ini telah terbukti bagaimana wabak COVID-19 yang melanda negara adalah berpunca sebahagiannya dari mereka yang berpergian ke Sabah atas urusan PRN.

Berapa ramai ahli-ahli politik dari pekerja parti hingga ke menteri telah disahkan positif COVID-19 berpunca dari berkempen di Sabah.

4.Begitu juga sebarang pertukaran kerajaan pada waktu ini hendaklah dielakkan.

Pertukaran kerajaan hanya akan memburukkan keadaan di mana banyak masa akan habis dengan perubahan polisi dan pertukaran jawatan bukan sahaja ahli Kabinet, malahan di agensi-agensi dan lain-lain entiti.

5.Pada masa inilah Ahli Parlimen dari kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang perlu duduk semeja untuk menyelesaikan masalah rakyat dan isu-isu mendesak seperti belanjawan tahunan negara, peruntukan untuk menangani COVID-19, pelan ekonomi, pendidikan, keselamatan negara dan lain-lain.

6.Bersikaplah sebagai seorang negarawan yang cintakan watan ini, mengambil pendekatan berhikmah dan menunjukkan sifat kepimpinan yang berwibawa, mengatasi ketaksuban kepartian dan kepada pemimpin, demi untuk rakyat.

Datuk Ir Ts Dr Badhrulhisham Abdul Aziz
Presiden BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button