Berita Utama

Masjid, surau di Wilayah Persekutuan disaran baca Qunut Nazilah

Memohon kepada Allah SWT agar dihindari daripada wabak COVID-19

KUALA LUMPUR, 20 Safar 1442H, Khamis – Semua masjid dan surau di seluruh Wilayah Persekutuan disaran membaca Qunut Nazilah ketika solat fardu Jumaat, esok.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Mohd Ajib Ismail berkata bacaan Qunut Nazilah itu bertujuan memohon kepada Allah SWT agar penduduk Wilayah Persekutuan dan Malaysia dihindari daripada wabak COVID-19.

“Para imam juga digalakkan berqunut nazilah ketika solat subuh setiap hari di masjid dan surau masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button