Artikel Khas

Selagi wujud politikus Dinasour, gencatan politik takkan berjaya

Rakyat perlu berani tukar muka-muka lama kepada pemimpin baharu

1.BEBERAPA hari ini ramai berbicara soal gencatan politik. Seruan agar setiap parti-parti politik untuk ‘slow down’ seketika menggerak langkah di papan catur politik kuasa. 

2. Gencatan politik baik disebelah parti-parti blok kerajaan mahupun di blok pembangkang, masing-masing hanya akan menemui kegagalan.

3. Manakan mungkin mereka yang bergelumang dalam cara politik lama dan dinasor akan berjiwa besar melakukan gencatan politik dalam keadaan ‘nyawa dihujung tanduk’ dalam sepak terajang politik wang dan kuasa. 

4. Masakan mungkin sang politikus yang dikatakan sudah hampir menuju puncak kuasa akan mampu menahan nafsu lantas bersetuju untuk satu gencatan kuasa. 

5. Ini semua hanya akan berjaya sekiranya rakyat terus menerus dididik bahawa bila sampai waktu pilihanraya, rakyat perlu buat satu keputusan yang sangat besar. 

6. Kita semua perlu buang semua ahli politik lama, ‘warlord’ tegar, kitar semula, punyai rekod buruk, kaki rasuah, didanai kroni kapitalis, ikut telunjuk liberal, sekular dan totok kepartian sempit. 

7. Rakyat perlu berani untuk menukar muka-muka lama kepada muka-muka baru. Parti-parti baru yang menghamparkan barisan kepimipinan baharu yang segar dan berwibawa. Percayalah, bahawa watan Malaysia ini tidaklah ketandusan pemimpin yang berwibawa. Angkatlah pemimpin yang bersama kalian dari bawah, bukan yang lahir ditatang dulang emas. 

8. Bila tiba masanya, kita mula semula politik (‘reset politik’) watan ini. 

Hazwan Mohamad
Ketua Angkatan Pemuda Pemudi BERJASA

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button