Dunia

COVID-19: Angka kematian global cecah 1.05 juta

338,779 kes harian global dalam 24 jam, Eropah catat angka tertinggi

NEW YORK, 21 Safar 1442H, Jumaat – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan 338,779 kes harian baharu COVID-19 hari ini – dalam tempoh 24 jam – susulan peningkatan mendadak di Eropah. 

Eropah melaporkan 96,996 kes baharu, jumlah tertinggi yang pernah dicatatkan WHO di rantau itu. 

Kematian global meningkat sebanyak 5,514 orang menjadikan keseluruhan kepada 1.05 juta. 

Sebelum ini, WHO merekodkan 330,340 kes pada 2 Oktober, dengan 12,393 kematian pada 17 April. 

Eropah kini melaporkan peningkatan kes jangkitan berbanding India, Brazil atau Amerika Syarikat (AS). 

India melaporkan 78,524 kes baharu, diikuti Brazil (41,906) dan AS (38,904 kes), menurut WHO. 

Memetik analisis Reuters, COVID-19 kini merebak ke 54 negara, termasuk peningkatan kes di Argentina, Kanada dan sebahagian besar Eropah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button