Berita Utama

Kluster Penjara Reman hanya babitkan banduan setakat ini

Tiada petugas penjara disahkan positif COVID-19

GEORGE TOWN, 21 Safar 1442H, Jumaat – Semua kes positif COVID-19 yang direkodkan oleh Penjara Reman Pulau Pinang setakat ini membabitkan banduan dengan enam merupakan banduan satu sel dengan lelaki yang meninggal dunia pada 5 Oktober lalu, kata Pengarahnya Mohamed Jusoh Idris.

Beliau juga berkata setakat ini tiada petugas penjara itu yang disahkan positif jangkitan itu.

“Bagaimanapun masih ada petugas yang belum menerima keputusan mereka, manakala banduan yang dijangkiti pula sedang dirawat di Hospital Pulau Pinang.

“Kami harap tindakan pantas mengasingkan serta kuarantin mereka yang kami laksanakan sebelum ini dapat membendung penularan wabak tersebut,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Menurutnya, proses ujian saringan COVID-19 dan sanitasi masih dijalankan di penjara berkenaan.

Beliau juga berkata buat masa ini operasi penjara berjalan seperti biasa, dikendalikan oleh 320 petugas.

Setakat semalam, Kluster Penjara Reman itu dilapor merekodkan lapan kes positif termasuk seorang, iaitu kes indeks, yang meninggal dunia pada Isnin lepas. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button