MDA batal kelulusan bersyarat dua kit ujian kendiri COVID-19
Dua syarikat gagal patuhi syarat kelulusan diberi
BANGI, 9 Ramadan 1443H, Isnin – Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) membatalkan kelulusan bersyarat dua jenama kit ujian kendiri COVID-19 daripada Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Berhad.
Dalam kenyataan di Facebook, MDA memaklumkan, pembatalan itu berkuatkuasa serta-merta kerana jenama tersebut gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberi.
“Pihak MDA membatalkan kelulusan bersyarat bagi Innovac Technology Sdn Bhd dan Conan Medical Technology Berhad.
“Pembatalan ini (kelulusan bersyarat) dibuat kerana syarikat tersebut telah gagal mematuhi syarat kelulusan yang diberikan oleh MDA dan berkuatkuasa serta-merta,” katanya.
Berikutan itu, MDA menasihatkan pengguna supaya tidak membeli atau menggunakan kit ujian kendiri COVID-19 ini kerana dikhuatiri tidak selamat untuk digunakan.