Berita UtamaPendapat
Carilah rezeki melalui sumber halal
Rasulullah ﷺ kecam individu beri sumber makanan haram

1. Allah mengingatkan kita agar sentiasa mengambil makanan dari sumber yang baik lagi halal sahaja.
Firman Allah:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ
“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah daripada makanan yang baik dari apa yang telah kami rezekikan kepada kamu.” (al-Baqarah: 172).
2. Bahkan Rasulullah ﷺ mengecam mereka yang memberikan sumber makanan yang haram kerana daging yang tumbuh dari yang haram tidak akan masuk ke syurga.
3. Bagaimana tergamak kita menggunakan jalan menganiaya orang lain, sehingga kita mengutip kekayaan atas kesengsaraan manusia semata-mata mencari harta dunia yang sementara.
Semoga Allah membimbing kita.
Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.