Berita UtamaDunia

Israel terus bedil Gaza, lancar 2 serangan

Dakwa ia sebagai tindak balas serangan roket Gaza

RAMALLAH, 19 Ramadan 1443H, Khamis – Negara pengganas Israel melancarkan dua serangan ke atas bumi Gaza, pada awal Khamis sebagai tindakan balas kepada serangan roket Palestin.

Serangan rejim Zionis berlaku pada ketika polis Israel menghalang pelampau Yahudi daripada memasuki Masjid al-Aqsa bagi mengelak merebaknya ketegangan.

Serangan negara pengganas Israel menyasarkan tengah Gaza, kata saksi dan sumber pasukan keselamatan, dalam kekejaman yang sudah berlanjutan hampir sebulan.

Menurut saksi, satu lagi serangan rejim Zionis menyasarkan kawasan di selatan Gaza.

Beberapa jam sebelum itu, polis Israel menghalang kemasukan pelampau Yahudi ke kawasan sekitar Masjid al-Aqsa selepas berminggu-minggu berlakunya pertumpahan darah di sana.

Dalam pada itu, polis berkata, serangan yang dilancarkan dari Gaza tidak mendatangkan kecederaan, di mana serpihan letupan jatuh di bahagian laman rumah di selatan Sderot.

Serangan dari Gaza itu merupakan yang kedua dilancarkan sejak sebulan yang lalu.

Pegawai pergerakan Hamas menegaskan, serangan di udara dan darat itu merupakan tindakan balas kepada serangan rejim sebelum ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button