Berita Utama

Hajiji positif COVID-19

Ketua Menteri Sabah kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth

KOTA KINABALU, 22 Safar 1442H, Sabtu – Datuk Hajiji Noor disahkan positif COVID-19 dan kini dirawat di Hospital Queen Elizabeth, kata Setiausaha Perhubungan Awam kepada Ketua Menteri Sabah itu Effendi Mohamed Sunoh.

Effendi berkata Hajiji, yang menjalani kuarantin kendiri, sekali lagi melakukan ujian COVID-19 dan hasil ujian terbaru itu mengesahkan bahawa beliau positif COVID-19.

“Keadaan kesihatan YAB (Yang Amat Berhormat Hajiji) baik dan stabil. Walaupun sedang menjalani rawatan, YAB masih menjalankan tugas dan tanggungjawabnya di tempat rawatan menerusi panggilan telefon dan sidang video. Kerajaan negeri berfungsi seperti biasa.

“YAB mengajak seluruh rakyat Sabah agar bertenang dan bersama-sama berdoa agar Allah SWT sembuhkan dan selamatkan Sabah dan Malaysia daripada COVID-19. Insya-Allah,” katanya.

Semalam, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Safar Untong menerusi kenyataan memaklumkan bahawa Hajiji menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu bermula semalam sebagai langkah berjaga-jaga setelah terdedah dengan individu yang didapati positif COVID-19. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button