Dunia

Israel berkeras enggan serah mayat pemuda Palestin ditembak mati

Sifat serangan Samir sebagai anti-Israel, gelar beliau pengganas

BAITULMAQIS, 22 Safar 1442H, Sabtu – Tentera negara pengganas Israel bertindak biadab apabila menegaskan, mayat rakyat Palestin yang ditembak mati dalam pertempuran di Tebing Barat, awal minggu ini tidak akan dipulangkan.

Pengumuman itu dibuat susulan daripada berlaku perubahan polisi bulan lalu yang mana rejim Zionis menyatakan, mereka tidak akan menyerahkan mayat warga Palestin yang terbunuh dalam serangan disifatkan sebagai anti-Israel.

Isnin lalu, Samir Hamidi, 27, dibunuh oleh tentera negara tidak diiktiraf itu berhampiran penempatan Einav, utara Tebing Barat selepas didakwa melemparkan bom petrol.

“Tentera mengesan tiga penyerang melemparkan bom molotov ke arah mereka. Pihak tentera bertindak balas dengan melepaskan tembakan.

“Mayat kini bersama Pasukan Pertahanan Israel mengikut apa yang tertera dalam dokumen, sebelum keputusan lain dicapai berkenaan isu penyimpanan mayat seorang pengganas,” kata tentera Israel, semalam.

Dalam kenyataan sebelum ini, rejim Zionis tidak menyatakan yang Samir dibunuh, bagaimanapun kematian beliau kemudiannya dilaporkan oleh media Palestin.

Keluarga Samir yang menetap di kampung Beit Lid berhampiran penempatan haram Israel di Einav, enggan menerima kunjungan atau ucapan takziah sehingga mayat anak mereka dipulangkan.

Sebelum ini, Samir pernah ditahan di penjara Israel selama 40 bulan atas kesalahan membaling batu dan bom petrol ke lampu trafik di jalan raya negara tidak diiktiraf itu. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button