Berita Utama

‘Mampus la’ kecam netizen Cina jemaah masjid positif COVID-19

‘Sendiri mati sudahlah, jangan libatkan orang lain’

BANGI, 22 Safar 1442H, Sabtu – Sikap rasis segelintir netizen Cina terhadap kaum lain di negara ini bagaikan tiada penghujungnya.

Terbaharu, mereka bukan sahaja mengecam orang Melayu, malah turut menghina agama rasmi negara ini iaitu Islam.

Ini selepas Facebook Berita Cina 8TV memuat naik hantaran yang memetik laporan Berita Harian menyatakan bahawa, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) mengarahkan Masjid Sultan Abdul Aziz Syah di Subang menghentikan semua aktiviti termasuk solat Jumaat dan solat lima waktu.

Arahan itu dikeluarkan sebaik sahaja seorang jemaah disahkan positif COVID-19 selepas menunaikan solat Jumaat di masjid itu pada 2 Oktober lalu.

Untuk rekod, terdapat 1,310 jemaah yang telah menunaikan solat Jumaat di masjid terbabit pada tarikh sama.

MAIS turut menggesa jemaah yang mempunyai simptom COVID-19 supaya segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan atau menjalankan kuarantin di rumah.

Berang dengan perkara itu, pengguna Facebook dikenali sebagai GM Lim mengecam orang Melayu dengan berkata, bangsa berkenaan menyusahkan rakyat.

“Tokong Cina India tak boleh banyak orang pergi sembahyang tapi mereka boleh 1,310 ribu orang masuk.. mampus la,” katanya sambil menambah emoji marah.

Selain itu, pengguna Eric Kuay menyifatkan jemaah terbabit adalah sombong dan degil.

Bukan itu sahaja, Chong Teck Chiang berkata, pembabitan para jemaah beribadat di dalam masjid berkenaan adalah salah satu cara untuk meninggal dunia dengan lebih cepat.

“This is the way to let you see your God faster,” katanya sambil menambah emoji ketawa.

Sementara, Howard Fong memperlekeh tindakan para jemaah yang masih berkumpul, selain secara sinis berkata supaya mereka tidak perlu bekerja kerana menunaikan solat lima waktu.

“…tak lama lagi ziarah kuburlah,” katanya.

Lebih teruk, Lex Alex secara biadabnya memberi komen: “Sendiri mati sudahlah jangan libatkan orang lain mati bersama kamu mak kamu punya mati orang Melayu,”

PAUTAN BERKAITAN: https://www.facebook.com/147727305254920/posts/3967062316654714/

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button