Berita Utama

Polis tangkap 4 tahanan lari, kesan lagi 3

Kesemua suspek ditahan ketika bersembunyi di lokasi berasingan

TAWAU, 21 Safar 1442H, Sabtu  — Polis berjaya menahan semula empat daripada tujuh pendatang haram yang meloloskan diri dari Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Peter Umbuas berkata, tiga daripada mereka ditahan semalam, manakala seorang lagi pada 8.15 pagi tadi.

“Kesemua suspek lelaki ini ditahan ketika bersembunyi di lokasi berasingan sekitar daerah ini, iaitu di rumah tidak bernombor di Jalan Bahagia, Taman King Fook dan Batu 5 Jalan Apas serta di ladang sawit di Gudang 4,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Peter berkata, pihaknya sedang memburu baki tiga lagi.

Dalam kejadian 2 pagi kelmarin, 14 tahanan bertindak memanjat pagar belakang PTS Tawau dan melarikan diri, namun tujuh berjaya ditahan semula pada hari sama. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button