Berita Utama

Terima suapan, Timbalan Pendakwa Raya direman 6 hari

Terima RM345,000 sebagai balasan selesai kes penipuan tanah

PUTRAJAYA, 21 Safar 1442H, Sabtu – Seorang Timbalan Pendakwa Raya direman enam hari bermula hari ini, kerana disyaki menerima wang suapan berjumlah RM345,000 sebagai balasan menyelesaikan kes penipuan melibatkan urusan jual beli tanah.

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman sehingga 15 Okt ini, selepas mendengar permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Mahkamah Majistret Putrajaya, di sini hari ini.

Menurut sumber SPRM, lelaki berusia 50 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM di sini semalam ketika hadir memberi keterangan.

Sumber SPRM berkata suspek dipercayai telah menerima suapan daripada individu bergelar ‘Datuk’ pada tahun 2016.

“Suspek ketika itu bertugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Jabatan Peguam Negara di Putrajaya dan kini bertugas sebagai Timbalan Pendakwa Raya di Selangor,” katanya.

Menurut sumber, kes ini disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button