Berita Utama

Gempa bumi sederhana landa sempadan rantau Myanmar- India

Dilaporkan gempa sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter

KUALA LUMPUR, 23 Safar 1442H, Ahad – Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter, melanda sempadan rantau Myanmar-India, pada pukul 1.38 pagi tadi.

Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran itu berlaku kira-kira 307 kilometer (km) timur dari Narsingdi, Bangladesh, pada kedalaman 53 km.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Jabatan Metereologi Malaysia mengeluarkan nasihat Lekukan Tropika yang dijangka berlaku berhampiran perairan Sabah.

Berdasarkan percerapan pada pukul 8 malam semalam, Lekukan Tropika itu dikesan terbentuk kira-kira 755 km ke Timur Laut Ho Chi Minh, Vietnam.

“Keadaan ini boleh menyebabkan angin kencang dan laut bergelora di kawasan perairan Laut China Selatan,” menurut kenyataan itu. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button