Jannah Theme License is not validated, Go to the theme options page to validate the license, You need a single license for each domain name.
Berita Utama

Kerajaan ‘kedai dobi’ jadi tumpuan?

Dikerumuni mereka mahu bersihkan kekotoran lama

BANGI, 23 Safar 1442H, Ahad – Kemelut politik yang melanda negara ketika ini saling tidak tumpah seperti ‘kedai dobi’.

Secara sinis Ketua Penerangan Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (BERJASA), Ustaz Zamani Ibrahim mendakwa, sesiapa sahaja boleh diangkat menjadi ketua asalkan bersedia mendobi kekotoran lama milik mereka yang ditagih sokongannya.

Dakwanya lagi, ‘kedai dobi’ berkenaan begitu menjadi tumpuan khusus bagi mereka yang mahu mencuci kekotoran lama.

“Orang politik juga ada tempat dobinya. Kes yang bertepek-tepek dan berlapis-lapis sudah tidak menjadi kebimbangan.

“Buatlah sebanyak mana pun kes…lagi banyak kes lagi kerajaan dobi suka.

“Siapa MP yang ingin menjadi PM dan mendapatkan sokongan majoriti kukuh, takda masalah yang penting ialah sanggup jadi kedai dobi,” dakwanya dalam hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan secara jelas hantaran berkenaan merujuk kepada siapa.

Sebelum ini, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan, mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen bagi membentuk kerajaan baharu.

Beliau juga memaklumkan, telah mendapat perkenan untuk menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa depan.

Katanya lagi, beliau akan mempersembahkan keterangan lengkap mengenai jumlah majoriti yang dinyatakan sebelum ini, pada majlis menghadap itu.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button