Berita Utama

Maybank nafi dakwaan data pelanggan bocor

Jamin terus utamakan keselamatan siber, langkah perlindungan data

KUALA LUMPUR, 7 Jamadilakhir 1444H, Sabtu – Malayan Banking Bhd (Maybank) mengesahkan dakwaan mengenai kebocoran data pelanggan yang dikatakan oleh pihak ketiga adalah tidak benar.

Dalam kenyataan hari ini, bank itu memberi jaminan kepada pelanggannya bahawa data mereka kekal selamat dan tiada data pelanggan yang terjejas.

“Maybank akan terus memberi keutamaan kepada keselamatan siber dan langkah-langkah perlindungan datanya kerana perlindungan data pelanggan amat penting kepada bank,” katanya.

Menurut kenyataan itu, siasatan telah dijalankan oleh pihak bank. 

Menurut satu catatan di Facebook, sebuah laman web telah menyenaraikan butiran 3.5 juta pelanggan Astro, 1.8 juta pelanggan Maybank dan 7.2 juta pengundi pada 7.56 malam pada 25 Disember.

Maklumat bocor itu didakwa melibatkan ID log masuk, nama penuh, tarikh lahir, alamat dan nombor kad pengenalan.- Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button