Berita UtamaDunia

Zionis tutup Masjid Al-Aqsa kepada warga Palestin

Tindakan konon sebagai usaha kekang penularan COVID-19

BAITULMAQDIS, 23 Safar 1442H, Ahad – Polis negara haram Israel bertindak biadab menghalang penduduk Palestin daripada memasuki Masjid Al-Aqsa serta menunaikan solat Jumaat selama tiga minggu berturut-turut.

Agensi berita Anadolu melaporkan, saksi mendedahkan polis Yahudi dikerahkan menjaga pintu masuk Kota Lama Baitulmaqdis dan menghalang setiap warga Palestin daripada masuk ke kawasan berkenaan

Selain itu, hanya penduduk Palestin yang tinggal di Kota Lama Baitulmaqdis dibenarkan memasuki masjid dan menunaikan solat Jumaat.

Polis Israel mendakwa kononnya larangan memasuki masjid adalah sebahagian daripada tindakan penutupan yang dilaksanakan tiga minggu lalu oleh Tel Aviv dalam usaha memerangi penularan COVID-19.

Larangan berkenaan dijangka berakhir pada 14 Oktober.

Pada 28 September 2000, pemimpin pembangkang Israel, Ariel Sharon yang setahun kemudian menjadi Perdana Menteri menceroboh masuk ke Masjid Al-Aqsa dengan perlindungan tentera penjajah.

Tindakan Sharon menjadi titik akhir yang menghilangkan sabar penduduk dan meletusnya kebangkitan baru di Tebing Barat dan Gaza yang dikenali sebagai Intifada Al-Aqsa atau Intifada Kedua.

Penduduk haram Israel khuatir sekiranya peristiwa berkenaan berulang sekali lagi.

Intifada yang berlanjutan hampir lima tahun mengorbankan sekitar 3,000 syuhada Palestin dan 1,000 orang penjajah.

Kira-kira 10,000 penduduk Palestin menunaikan solat Jumaat di Masjid al-Aqsa sejak penularan COVID-19 disahkan di negara itu berbanding 50,000 jemaah sebelum ini. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button