Berita UtamaDunia

Hamas kutuk Israel bunuh remaja Palestin, serang kem pelarian

Hukuman mati, cemar al-Aqsa takkan bawa keselamatan pada Zionis

TEBING BARAT, 18 Muharam 1445H, Sabtu – Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) dan Jihad Islam mengutuk pembunuhan Israel terhadap seorang remaja Palestin dalam serbuan ganas di Tebing Barat yang diduduki.

Mahmoud Abu Sa’an, 18, ditembak di kepala pada jarak dekat pada waktu subuh Jumaat ketika tentera pengganas Israel bertempur dengan penduduk kem pelarian Nur Shams, yang terletak di sebelah timur bandar Tulkarm.

Menurut laporan media tempatan, tentera Israel menyerbu kem itu, melepaskan peluru hidup, gas pemedih mata dan bom tangan secara mengejut ke arah penduduk kem.

Remaja Palestin itu dipindahkan ke hospital di Tulkarm dan disahkan meninggal dunia tidak lama kemudian.

Dalam satu kenyataan akhbar, Hamas mengucapkan takziah kepada keluarga Sa’an dan memuji pejuang penentangan atas perjuangan mereka yang tidak putus-putus menentang Israel.

“Kami mengucapkan takziah kepada keluarga syuhada… dan tabik hormat kepada orang yang tabah, dan pejuang penentangan yang berani mempertahankan kem dan menangkis pencerobohan,” kata kenyataan itu.

Hamas juga menegaskan bahawa pembunuhan, hukuman mati dan rancangan untuk mencemarkan Masjid al-Aqsa tidak akan membawa keselamatan kepada Israel. 

“Revolusi rakyat kita berterusan sehingga akhir pendudukan dan penubuhan negara Palestin dengan al-Quds sebagai ibu kotanya,” – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button