Berita UtamaDunia

20 peratus penduduk Yaman derita sakit mental

UNFPA minta dana kewangan, bantu pusat kesihatan mental

SANA’A, 24 Safar 1442H, Ahad – 20 peratus daripada penduduk di Yaman menderita masalah kesihatan mental, kata Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA).

Dalam kenyataan dikeluarkan pada Hari Kesihatan Mental Sedunia itu, UNFPA berkata, angka berkenaan adalah berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Yayasan Kaunseling dan Pembangunan Keluarga pada tahun 2017.

Tambahnya, angka berkenaan itu juga dijangka meningkat akibat wabak pandemik COVID-19 selain peperangan yang tercetus hampir enam tahun di negara itu.

Dalam kenyataan sama, UNFPA berkata, jumlah pakar psikiatri yang ada tidak mencukupi malah beberapa perkhidmatan kesihatan mental telah tutup akibat pandemik.

Justeru, UNFPA menggesa masyarakat antarabangsa menghulurkan dana kewangan atau perkhidmatan kepada Yaman bagi menampung industri kesihatan mental pada tahun ini.

Sabtu lalu, pegawai media UNFPA di Yaman, Fahimia al-Fateh berkata, dana yang diperlukan bernilai AS$9 juta untuk program perlindungan wanita dan program psikologi sehingga akhir tahun ini.

Beliau turut memberi amaran sekiranya dana tidak diterima sehingga akhir bulan ini, 21 pusat yang memberi sokongan dan perkhidmatan psikologi akan ditutup di beberapa wilayah termasuk  Ibb, Taiz dan Hadhramout. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button