Berita UtamaDunia

India kenakan cukai hartanah baharu di Kashmir

Aktivis kecam tindakan beban rakyat, perburuk ekonomi

SRINAGAR, 24 Safar 1442H, Isnin – New Delhi secara sepihak memperkenalkan beberapa undang-undang – selepas menarik balik kuasa autonomi wilayah Kashmir yang ditadbir – yang didakwa cuba mengubah demografik wilayah termasuk melemahkan ekonomi rakyat Kashmir.

Dalam perintah terbaharu, Kementerian Dalam Negeri India memberi kuasa kepada pentadbiran Kashmir untuk mengenakan cukai hartanah kepada semua jenis tanah dan bangunan di wilayah Himalaya yang bergolak itu.

Perintah itu mendapat kecaman aktivis politik dan sivil – bahawa tindakan sedemikian hanya membebankan rakyat dan seterusnya memburukkan lagi keadaan ekonomi yang sudah rapuh di rantau ini yang sering menyaksikan kekacauan. 

Parti-parti politik juga membangkang dan menyalahkan pemerintah kerana menyalahgunakan undang-undang dan institusi.

Setakat ini, sejak pembatalan undang-undang kewarganegaraan khas Kashmir, mereka yang tidak bermastautin telah diberikan sijil tempat tinggal mengikut undang-undang kewarganegaraan yang baru.  

Bagaimanapun, penduduk tempatan mendakwa, New Delhi menggunakan undang-undang untuk meramaikan lagi orang bukan Islam tinggal di Kashmir yang hampir sama dengan Tebing Barat yang diduduki. 

Berdasarkan bancian 2011, umat Islam di wilayah itu merangkumi hampir 70 peratus daripada jumlah penduduk.  

Kashmir adalah wilayah pertikaian antara dua kuasa nuklear, India dan Pakistan  Kedua-dua negara menuntut wilayah ini secara penuh, tetapi memerintah wilayah tersebut secara terpisah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button