Berita Utama

Kes judi: 3 individu termasuk anggota polis ditahan

Mahkamah tolak permohonan reman polis terhadap tertuduh Macau Scam

KUALA LUMPUR, 24 Safar 1442H, Isnin – Tiga individu termasuk dua pegawai polis, yang sebelum ini ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes perjudian Macau Scam, akan ditahan semula bagi membantu siasatan satu kes perjudian di Cheras.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata demikian ketika mengesahkan bahawa mahkamah telah menolak permohonan reman oleh polis terhadap ketiga-tiga individu berhubung kes Macau Scam.

“Satu permohonan baharu akan dibuat dalam masa terdekat berhubung kes perjudian itu,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes akan disiasat mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka.

Semalam, media tempatan melaporkan sembilan individu termasuk tujuh anggota dan pegawai polis yang ditahan bagi membantu siasatan kes sindiket perjudian dalam talian serta pengubahan wang haram dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed dalam satu kenyataan mengesahkan, tiga individu ditahan semula bagi memberi keterangan berhubung aktiviti perjudian yang wujud di sekitar ibu negara. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button