Berita UtamaDunia

3 rakyat Palestin maut serangan tentera rejim Zionis

15 cedera akibat tembakan peluru hidup, 3 kritikal

BAITULMAQDIS, 29 Syaaban 1443H, Jumaat – Tiga rakyat Palestin maut akibat tembakan dilepaskan pihak berkuasa Israel dalam insiden berasingan di Tebing Barat yang diduduki, semalam, kata Kementerian Kesihatan Palestin dan media tempatan.

Ketika serbuan pagi di bandar Jenin, di utara Tebing Barat, tentera Israel melepaskan tembakan dan membunuh dua rakyat Palestin yang dikenali sebagai Sanad Abu Atiyeh, 17, dan Yazid Saadi, 23.

Sementara itu, di bandar Bethlehem, di selatan Tebing Barat, seorang rakyat Palestin terbunuh selepas dilaporkan cuba menikam seorang lelaki Israel.

Kementerian Kesihatan berkata, Atiyeh dan Saadi meninggal dunia akibat luka selepas tiba di hospital Ibn Sina di Jenin dengan kecederaan serius.

Kira-kira 15 orang lagi cedera akibat tembakan peluru hidup ketika serbuan Israel.

Sekurang-kurangnya tiga berada dalam keadaan kritikal.

Serbuan askar rejim Zionis itu menyebabkan konfrontasi orang awam dengan tentera serta pertempuran senjata dengan pejuang Palestin di kem pelarian Jenin.

Sejak tahun lalu, kem Jenin menyaksikan peningkatan pencerobohan ganas oleh tentera Israel, yang sering membawa kepada pertempuran senjata dengan pejuang bersenjata di kem berkubu.

Minggu lalu, 11 warga Israel terbunuh dalam tiga serangan berasingan.

Susulan keganasan itu, polis dan angkatan tentera Israel meningkatkan tahap amaran kepada paras tertinggi sejak Mei tahun lalu.

Pada Rabu, Perdana Menteri, Israel Naftali Bennett menggesa pemilik senjata untuk ‘mempersenjatai’ diri mereka di khalayak ramai berikutan serangan itu. – Agensi

Pautan terdahulu;

Bennett gesa rakyat Israel angkat senjata

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button