Berita Utama

Anwar tiba di Istana Negara

Ketibaan dinanti pengamal media sejak 8 pagi

KUALA LUMPUR, 25 Safar 1442H, Selasa – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara di sini pagi ini.

Sebuah kereta berwarna hitam yang membawa Anwar dilihat memasuki Istana Negara pada 10.25 pagi melalui Pintu 2 Istana Negara.

Perkara itu disahkan seorang pegawai Anwar.

Kehadiran Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson dinantikan pengamal media yang telah berkumpul di sekitar pintu utama Istana Negara sejak 8 pagi lagi.

Baru-baru ini Anwar dilaporkan berkata, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan untuk beliau menghadap baginda hari ini.

Pada 23 September lalu, Anwar dalam satu sidang media mendakwa beliau mendapat sokongan ‘kukuh dan meyakinkan’ daripada ahli Parlimen untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button