Berita Utama

COVID-19: Tempoh seminggu lihat kesan pelaksanaan PKPB

KKM pantau rapi situasi semasa jangkitan wabak berkenaan

KUALA LUMPUR, 25 Safar 1442H, Selasa – Kerajaan memerlukan tempoh sekurang-kurangnya seminggu bagi melihat kesan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dalam melandaikan lekuk kes COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan (KKM) akan memantau rapi situasi semasa mengenai jangkitan wabak berkenaan.

“Berdasarkan pengalaman lepas dengan melaksanakan PKPB, kita (kerajaan) berjaya melandaikan lengkung sehingga mencapai angka satu digit dan juga angka kosong (bagi kes penularan tempatan).

“Kementerian akan memantau rapi situasi dan memaklumkan dari semasa ke semasa serta membincangkan isu-isu keselamatan dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Negara,” katanya pada sidang media maya disiarkan di Facebook Kementerian Kesihatan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata melalui pelaksanaan PKPB, ia dapat memberi keseimbangan antara melindungi nyawa dan mata pencarian rakyat.

PKPB dikuatkuasakan di seluruh Sabah berkuat kuasa jam 12.01 tengah malam 13 Okt hingga 26 Okt ini, manakala di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 12.01 tengah malam ini (14 Oktober) hingga 27 Oktober. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button