Berita Utama

Pengerusi SPR rayu jangan adakan pilihan raya ketika ini

Isu keselamatan jadi keutamaan dalam depani wabak COVID-19

BANGI, 25 Safar 1442H, Selasa – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Abdul Ghani Salleh memohon supaya tiada pilihan pilihan raya diadakan pada ketika ini.

Beliau berkata, isu keselamatan kini menjadi keutamaan dalam mendepani wabak pandemik COVID-19.

“Saya mohon kalau boleh tiada pilihan raya ketika ini,” katanya seperti dilapor Sinar Harian, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kesiapsiagaan SPR selepas Sarawak dijangka mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam masa terdekat.

Ditanya mengenai adakah SPR mencadangkan kepada kerajaan untuk mengisytiharkan darurat di Batu Sapi, Sandakan berikutan COVID-19, Abdul Ghani berkata, SPR hanya memberi pandangan kepada kerajaan sebelum ia diputuskan.

Katanya, sebarang kekosongan kerusi perlu diisi dalam tempoh 60 hari seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Istilah darurat kebiasaannya melibatkan keselamatan negara.

“Bagaimanapun bagi wabak COVID-19 kita tidak pasti kerana ia perkara baru,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button