Berita UtamaDunia

‘Tak beretika’ WHO kecam cadangan biar COVID-19 tersebar

Tiada dalam sejarah imuniti kawanan strategi tangani wabak

GENEVA, 25 Safar 1442H, Selasa – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran berhubung cadangan segelintir pihak untuk membiarkan COVID-19 tersebar dengan harapan dapat mencapai imuniti kawanan, dengan mengatakan ia ‘tidak beretika’.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, imuniti kawanan adalah konsep yang digunakan untuk vaksinasi, di mana populasi dapat dilindungi dari virus tertentu jika ambang vaksinasi tercapai.

“Imuniti kawanan dicapai dengan melindungi rakyat dari virus, bukan dengan mendedahkan.

“Tidak pernah dalam sejarah kesihatan umum imuniti kelompok digunakan sebagai strategi bagi menangani wabak apatah lagi pandemik.

“Membiarkan virus berbahaya yang tidak kita fahami sepenuhnya bebas adalah tidak beretika. Itu bukan pilihan,” tegasnya ketika taklimat media secara maya, semalam.

Ghebreyesus juga menekankan bahawa kekurangan maklumat mengenai perkembangan imuniti terhadap COVID-19, termasuk berapa kuat tindak balas imun dan tempoh antibodi kekal di dalam badan.

Katanya, dianggarkan kurang daripada 10 peratus populasi di kebanyakan negara diyakini dijangkiti penyakit ini.

“Sebilangan besar mereka di kebanyakan negara tetap terdedah terhadap virus ini,” katanya.

Katanya lagi, negara-negara melaporkan jumlah harian COVID-19 yang tinggi kepada agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) selama empat hari lalu – memetik lonjakan di Eropah dan Amerika Syarikat (AS) khususnya.

“Tidak ada jalan pintas dan ‘peluru perak’. Jawapannya adalah pendekatan komprehensif – menggunakan setiap peralatan dalam kotak peralatan,”katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button