Dunia

Gaza minta Mesir buka persimpangan Rafah secara kekal

4,000 kes keperluan mendesak, ramai rakyat Palestin terkandas di luar

GAZA, 26 Safar 1442H, Rabu – Kementerian Dalam Negeri Gaza telah berhubung dengan kerajaan Mesir bagi membincangkan mengenai pembukaan lintasan Rafah secara kekal. 

Jurucakapnya, Iyad Al Bazm berkata, persimpangan Rafah – yang dikawal Mesir – dibuka untuk tempoh tertentu sahaja sejak Mac lalu.

Al Bazm menegaskan bahawa kementeriannya sedang berbincang dengan kerajaan Mesir untuk bersetuju terhadap rancangan membuka pintu sempadan secara kekal, menerusi langkah-langkah keselamatan hang ditetapkan. 

“Rundingan masih berlangsung. Terdapat lebih 4,000 kes keperluan mendesak untuk melakukan perjalanan yang didaftarkan dengan pihak berkuasa sempadan, selain ramai yang terkandas kerana tidak boleh pulang,” kata Al Bazm.

Sejak wabak COVID-19 merebak pada Mac lalu, persimpangan Rafah terus ditutup oleh pihak berkuasa Mesir berikutan bimbang penularan pandemik itu.

Kaherah dilaporkan telah beberapa kali membuka laluan lintasan sempadan berkenaan, termasuk untuk membenarkan rakyat Palestin pulang ke Gaza.

Gaza mempunyai tujuh laluan sempadan yang menghubungkannya dengan dunia luar, di mana enam daripadanya dikendalikan rejim Israel, sementara persimpangan Rafah dikawal oleh Mesir. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button