Berita Utama

Permohonan UPUOnline dilanjut hingga Rabu depan

KPT prihatin kekangan masa dihadapi pemohon

BANGI, 17 Syaaban 1442H, Rabu – Tarikh tutup permohonan UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sesi akademik 2021/2022 dilanjutkan sehingga jam 5 petang 7 April ini.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, keputusan itu diambil kerana kementeriannya prihatin dengan kekangan masa dihadapi pemohon berikutan anjakan masa jadual peperiksaan bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) serta setarafnya.

“Sehubungan itu, permohonan kemasukan ke IPTA dan ILKA sesi akademik 2021/2022 boleh dibuat terus di laman sesawang upu.mohe.gov.my sehingga tarikh tutup ditetapkan.

“KPT berharap keputusan ini dapat memberikan kelonggaran masa dan memudahkan urusan pemohon untuk melanjutkan pengajian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Sebelum ini, permohonan bagi UPUOnline dibuka pada 4 Januari lalu hingga 31 Mac bagi SPM, STPM, Asasi dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM); lepasan matrikulasi serta lepasan diploma.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button