Berita UtamaPendapat

Kuasa dan politik, bawa kebahagiaan atau berakhir dengan penyesalan

Politik bukan medan kotor, jijik tetapi penuh kelazatan dunia

MENUNTUT┬ákuasa secara di luar kerangka Syara’ dan untuk tujuan yang bukan Syar’ie tidak akan membawa kepada keadilan dan rahmat kepada seluruh alam.

Keghairahan dan nafsu meluap-luap untuk mencapai puncak kuasa tanpa kendali oleh Iman dan Masuliyyah (tanggungjawab/accountability) hanya akan mendorong seorang pengejar kuasa untuk mengikuti hawa nafsu dan langkah-langkah syaitan serta terjatuh ke dalam perangkap iblis.

Politik bukan medan yang kotor atau jijik tetapi penuh dengan kelazatan dunia, daya tarikan yang mempesonakan serta mampu menghilangkan sifat keinsanan manusia.

Kecuali mereka yang dirahmati dan dipelihara oleh Allah, yang menjadikan kuasa sebagai jalan untuk melaksanakan ‘ubudiyah kepada Allah, mengambil kembali hak yang dirampas dari umat, rakyat dan bangsa, melaksanakan keadilan tanpa pilih kasih, bersifat belas kasihan kepada yang tertindas dan menggigil seluruh tubuh badan akan nasib yang bakal menimpa pada hari kiamat di atas segala keterlanjuran, pengabaian, salahguna kuasa, perlanggaran amanah serta keceluparan, keangkuhan dan kesombongan di muka bumi.

Ia bukan wasilah untuk menyemarakkan kefasadan, kemungkaran, maksiat dan dosa ke atas masyarakat.

Ia bukan peluang untuk menjulang agenda kufur seperti liberalisme, sekularisme, atheisme, sosialisme dan seruan-seruan jahiliyah lain.

Ia bukan jalan yang dirintis oleh Machiavelli atau Theodore Hertzl atau Karl Marx atau Abdullah Bin Saba’.

Ia juga boleh membawa kebahagiaan.

Atau berakhir dengan penyesalan.

Pemerhati politik
Mohd Luttfi Abd Khalid

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button