Berita UtamaDunia

Trump minta UAE ajak negara Arab normalisasi hubungan Israel

AS turut beri tekanan kepada Sudan tandatangani perjanjian

WASHINGTON, 26 Safar 1442H, Rabu – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump meminta Putera Mahkota Emiriah Arab Bersatu (UAE), Mohammad Bin Zayed untuk mengajak negara-negara lain di rantau ini menjalin hubungan dengan Israel, lapor Arab48 semalam.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Arab48 melaporkan bahawa Timbalan Setiausaha Akhbar White House, Judd Deere mengatakan bahawa Trump dan Mohammad membincangkan kemas kini terbaharu mengenai Timur Tengah menerusi panggilan telefon.

Trump, menurut Deere, meminta Mohammad untuk mengajak negara-negara lain di rantau itu mengikuti jejak UAE menormalisasi hubungan dengan Israel.

Mohammad, kata Deere, mengucapkan tahniah kepada Trump atas kesembuhannya daripada COVID-19, sementara Trump mengucapkan terima kasih atas ‘kepemimpinannya’ selama Perjanjian Abraham – perjanjian yang menandakan normalisasi hubungan antara UAE dan negara haram Israel.

Arab48 melaporkan, AS memberi tekanan kepada Sudan untuk menandatangani perjanjian damai dengan Israel sebagai balasan kerana menyingkirkannya dari senarai negara yang menjadi penaja keganasan.

Pada 15 September lalu, UAE dan Bahrain menandatanagani perjanjian normalisasi dengan Israel di halaman White House. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button