Berita Utama

ADUN Kunak positif COVID-19

Beliau kini menjalani kuarantin, rawatan di hospital di Kota Kinabalu

KUNAK, 27 Safar 1442H, Khamis – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak Norazlinah Arif mengesahkan beliau positif COVID-19 dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Norazlinah berkata, beliau menjalani ujian saringan kali kedua semalam, dan didapati positif.

“Saya kini menjalani kuarantin dan rawatan di sebuah hospital di Kota Kinabalu,” katanya ketika dihubungi pemberita.

Katanya, ketika ini beliau tidak mengalami sebarang simptom COVID-19.

Beliau sebelum ini menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari selepas didapati mempunyai kontak rapat dengan individu positif COVID-19, dan ujian saringan pertama dilakukan pada 1 Oktober lepas. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button