Berita Utama

Bonda Tengku Temenggong Kelantan mangkat

Menghembuskan nafas terakhir kerana sakit tua

KOTA BHARU, 27 Safar 1442H, Khamis – Bonda Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Merjan Almarhum Sultan Yahya Petra mangkat awal hari ini kerana sakit tua.

Pejabat Sultan Kelantan mengesahkan Tengku Merjan, 80, menghembuskan nafas terakhir pada 2.18 pagi tadi di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini.

Bonda kepada Tengku Tan Sri Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz itu merupakan anakanda sulung Almarhum Sultan Kelantan Sultan Yahya Petra.

Jenazah dijadual dimakamkan di Makam Diraja Langgar Kota Bharu.

Almarhum meninggalkan tiga putera dan seorang puteri, manakala suaminya Almarhum Tengku Abdul Aziz Tengku Mohd Hamzah meninggal dunia pada 20 September lepas. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button