Berita UtamaDunia

Israel luluskan 2,166 rumah haram

Penduduk haram turut tebang, bakar ladang zaitun

RAMALLAH, 27 Safar 1442H, Khamis – Negara penjajah Israel sekali lagi meluluskan 2,166 unit penempatan haram di wilayah yang diduduki.

Muka depan akhbar Palestin Al-Hayat al-Jadida dalam satu laporan melaporkan, Tel Aviv juga sedang dalam perancangan untuk membina lebih banyak lagi penempatan haram.

Jurucakap rasmi Presiden Palestin, Nabil Abu Rudeineh meminta masyarakat antarabangsa untuk menggesa Israel menghentikan perbuatan biadab itu.

Sementara itu, akhbar Al-Ayyam melaporkan Jordan mengutuk pembinaan penempatan haram itu.

Laporan media Israel Peace Now, Al-Ayyam turut melaporkan bahawa persetujuan pembinaan haram itu adalah sebahagian daripada rancangan Israel untuk membina 5,000 unit perumahan haram.

Al-Ayyam berkata, penduduk haram Yahudi turut bertindak menebang ratusan pokok zaitun sebelum ladang tumbuhan itu dibakar rejim pengganas Israel di wilayah yang diduduki.

Bukan itu sahaja, akhbar itu melaporkan serangan penduduk haram ke atas warga Palestin semakin meningkat.

Dalam perkembangan lain, warga Palestin, Maher al-Akhras yang ditahan di penjara Israel telah mogok lapar selama 81 hari sebagai protes terhadap penahanan pentadbirannya tanpa tuduhan atau perbicaraan.

Menteri Kesihatan Mai Alkaila mendesak organisasi antarabangsa untuk campur tangan bagi menyelamatkan nyawa Maher.

Al-Ayyam berkata, tahanan dari Pergerakan Fatah dan Popular Front turut akan bertindak melakukan mogok lapar bermula hari ini bagi menyatakan sokongan kepada tahanan lain di penjara Israel. -Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button