Dunia

350 rumah musnah akibat banjir di Indonesia

Pihak berkuasa sedang bantu, sedia keperluan asas untuk mangsa

JAKARTA, 28 Safar 1442H, Jumaat – Hujan lebat di Kabupaten Tolitoli – wilayah Sulawesi Tengah, Indonesia – menyebabkan banjir di beberapa perkampungan hari ini, menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) Indonesia.

Agensi itu berkata, sebanyak 350 rumah rosak dan jambatan terpaksa ditutup kepada lalu lintas berikutan bimbang risiko runtuh. 

Pihak berkuasa tempatan kini dalam usaha membantu dan menyediakan keperluan asas untuk semua mangsa terlibat.

“Kita kini sedang berusaha untuk mengesan sama ada penempatan lain berhampiran turut mengalami kerosakan atau tidak akibat banjir ini,” katanya. 

Sebelum ini, agensi meteorologi memberi amaran berkemungkinan banjir akibat hujan lebat di pelbagai wilayah, termasuk Palu, Sigi, Donggala, Parimo, Poso, Buol dan Morowali. 

Indonesia terletak berhampiran khatulistiwa, di mana berisiko mengalami banjir dan tanah runtuh terutama pada bulan Oktober hingga April. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button