Berita Utama

COVID-19: 629 kes baharu, enam lagi kematian

Sabah terus catat jumlah kes baharu tertinggi iaitu 489 kes

KUALA LUMPUR, 28 Safar 1442H, Jumaat – Jumlah kes baharu COVID-19 di negara ini kekal tiga angka untuk 16 hari berturut-turut dengan 629 kes hari ini, selain turut merekodkan enam lagi kematian baharu dan 245 kes pulih.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, dengan perkembangan baharu itu, menjadikan keseluruhan kes di Malaysia kini sebanyak 18,758 kes, manakala jumlah kematian akibat wabak itu adalah 176 individu dan 12,259 kes pulih sepenuhnya.

“Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah 6,323 kes. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya dalam sidang media secara maya menerusi Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini.

Sabah terus mencatatkan jumlah kes baharu tertinggi iaitu 489 kes, susulan lebih banyak keputusan makmal diperoleh.

Beliau berkata, makmal di Sabah telah menjalankan 3,296 ujian semalam dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) membantu menghantar 5,340 sampel ke Semenanjung Malaysia untuk diproses segera. 

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button