Dunia

Halang perdamaian, PBB gesa Tel Aviv henti bina penempatan haram

Israel lancar rancangan bina 5,000 unit rumah haram di Palestin

WASHINGTON, 28 Safar 1442H, Jumaat – Penyelaras Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk konflik Israel-Palestin sekali lagi menggesa, Tel Aviv menghentikan semua aktiviti pembinaan haram di Tebing Barat yang diduduki setelah mengumumkan projek ribuan penempatan baharu. 

Jurucakap PBB, Nickolay Mladenov berkata, Israel melancarkan rancangan pada Rabu dan Khamis lalu untuk hampir 5,000 unit rumah haram baharu di tanah Palestin.

Semua pembinaan pemukiman di wilayah yang diduduki itu adalah tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa, dan PBB menyifatkan ia sebagai penghalang besar untuk mewujudkan perdamaian dua pihak.

“Jumlah dan lokasi pembangunan (Israel) sangat membimbangkan semua pihak yang tetap komited untuk meneruskan perdamaian Israel-Palestin.

“Langkah itu melemahkan prospek untuk mencapai penyelesaian antara dua negara yang dapat dilaksanakan secara sistematik untuk mewujudkan negara Palestin yang bebas dan aman dengan Israel,” katanya dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Israel Peace Now – kumpulan hak asasi yang menyokong perdamaian antara Palestin dan Israel – berkata bahawa Tel Aviv merancang menjadikan 2020 sebagai tahun tertinggi dalam catatan perluasan penempatan haram.

Katanya, setakat tahun ini, sebanyak 12,159 unit rumah haram Yahudi telah diluluskan untuk pembinaan dan kemungkinan lebih banyak projek yang akan mendapat kelulusan sebelum akhir tahun. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button