Berita Utama

RM3 bilion diperlukan untuk vaksin percuma kepada rakyat

Harga sebenar vaksin COVID-19 masih belum dikenal pasti

BANGI, 28 Safar 1442H, Jumaat – Kerajaan dianggarkan perlu memperuntukkan sekurang-kurangnya RM3 bilion pada tahun depan bagi membolehkan rakyat Malaysia mendapat akses bagi vaksin COVID-19 secara percuma.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin berkata, jumlah itu dianggarkan mampu untuk menampung keperluan vaksin COVID-19 bagi 70 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini.

“RM3 bilion yang diperlukan ini hanya anggaran memandangkan kita belum mengenal pasti harga sebenar vaksin ini.

“… selain perkara lain yang perlu dipertimbangkan adalah rantaian bagi perolehan ini termasuk logistik dan proses pengagihan,” katanya dipetik Berita Harian hari ini.

Dalam pada itu, Khairy mencadangkan kepada Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan supaya peringkat pertama pembekalan vaksin ini diperuntukkan secara percuma untuk semua rakyat Malaysia.

“Semalam, perbincangan awal dengan Kementerian Kewangan telah dibuat, bagaimanapun kami belum membuat sebarang keputusan,” katanya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button