Berita UtamaIstimewa

3 pilihan boleh diambil Agong tamat kemelut politik

Boleh umum darurat seperti diperuntukkan Perkara 150 (1) Perlembagaan

BANGI, 29 Safar 1442H, Sabtu – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mempunyai tiga pilihan sekiranya kemelut politik negara berhubung isu perebutan kuasa masih berpanjangan.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, Al-Sultan Abdullah boleh membubarkan Parlimen sebagaimana Perkara 55 (2).

“Dalam keadaan penularan wabak COVID-19 sekarang, pilihan ini mempunyai risiko yang amat tinggi yang boleh menyebabkan kematian di kalangan rakyat,” katanya.

Aminuddin berkata, Seri Paduka juga boleh mengumumkan darurat seperti diperuntukkan di bawah Perkara 150 (1) Perlembagaan.

Beliau berkata, pilihan kedua itu pernah dilakukan pada tahun 1943 dan 1969, namun banyak akta yang ada hari ini mungkin tidak dapat dilaksanakan, termasuk Akta Jenayah.

“Ketiga, ambil alih kuasa menurut Perkara 39. Pilihan ini agak lebih ringan risikonya tetapi kaedah dan tatacaranya perlu diperhalusi agar tidak menimbulkan kekeliruan di kalangan rakyat.

“Mana-mana pun pilihan yang dibuat YDPA, saya yakin ia berdasarkan lunas perundangan dan Perlembagaan dan sudah pasti baginda mempunyai pasukan perundangan yang pakar,” katanya.

BACA PENUH ULASAN HAJI AMINUDDIN YAHAYA BERKAITAN SITUASI SEMASA POLITIK NEGARA DI RUANGAN PENDAPAT ISMAWEB.NET

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button