Dunia

414,000 rakyat Syria pulang ke tanah air secara sukarela

4 operasi ketenteraan bebas sempadan Turki-Syria dari pengganas

ISTANBUL, 29 Safar 1442H, Sabtu – Lebih 414,000 rakyat Syria yang kehilangan tempat tinggal akibat perang saudara, telah kembali ke kawasan yang dibebaskan oleh tentera Turki secara sukarela. 

Menteri Dalam Negeri Turki, Suleyman Soylu berkata, atas usaha pasukan keselamatan dalam operasi rentas sempadan, seramai 414,061 rakyat Syria telah kembali ke negara mereka. 

Katanya, ini susulan empat operasi ketenteraan yang dilakukan oleh tentera Turki selama empat tahun terakhir, pada tahun 2016, 2018,2019 dan Mac tahun ini.

Tiga operasi ketenteraan pertama adalah bertujuan membersihkan militan Kurdish seperti YPG dan Angkatan Demokratik Syria (SDF) dari sempadan Turki-Syria untuk keselamatan negara. 

Operasi terakhir pula adalah untuk mewujudkan zon selamat sejauh 30 kilometer ke timur laut Syria, di mana pelarian Syria boleh tinggal. 

“Tekanan yang kami laksanakan kepada PKK, Daesh dan sekutunya dalam memerangi keganasan dalam negara, jelas menunjukkan bahawa dasar keselamatan kami bermula di sempadan,” tegas Soylu.

Beliau berkata, ratusan kematian orang awam dan anggota Turki dilaporkan akibat serangan pengganas yang didalangi Parti Pekerja Kurdistan (PKK) di negara itu, dalam tempoh setahun. 

“Jumlah kehilangan nyawa dalam lapan serangan yang terjadi dalam tempoh 14 bulan adalah 369 orang,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button