Berita Utama

Bercita-cita dangkal punca berlaku undi tidak percaya

Dilaku pemimpin politik tertentu, hanya segelintir bukan semua

BANGI, 29 Safar 1442H, Sabtu – Isu undi tidak percaya wujud berpunca daripada segelintir pihak yang mempunyai cita-cita tertentu.

Penganalisis politik, Dr Chandra Muzaffar berkata, ia merupakan kerjasama dua pihak yang mempunyai cita-cita dangkal dan mereka ingin melepaskan diri daripada sistem perundangan kehakiman.

“Apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin politik tertentu, hanya segelintir, bukan kesemuanya, hanya segelintir yang tamak kuasa, yang menjadikan cita-cita tertentu sebagai misi hidup mereka.

“Bagi yang lain pula, kerana mereka ingin melepaskan diri daripada sistem perundangan kehakiman kita, secara terus-terang saya mengatakan bahawa inilah sebabnya mereka mengambil langkah langkah tertentu.

“Dua golongan ini bekerjasama, kerana inilah kebenarannya bahawa ada satu pihak kerana cita-cita dangkal individu yang terlibat ini,” katanya seperti dipetik Astro Awani.

Dr Chandra menyifatkan perkara tersebut sebagai penyalahgunaan kuasa dan proses-proses demokrasi.

Tentang undi tidak percaya, beliau berpendapat bahawa sekiranya ahli-ahli politik itu matang, mereka harus kaji secara mendalam kenyataan yang dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat.

“Ini adalah kenyataan kedua beliau, pertama jawapan beliau kepada Tengku Razaleigh Hamzah yang bertarikh 29 September, di mana beliau menerangkan bagaimana proses prosedur protokol yang harus kita menganuti tentang kes-kes tentang undi tidak percaya,” tambahnya.

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button