Berita UtamaDunia

Ahli Parlimen Israel ceroboh Masjid al-Aqsa

Bimbang pencerobohan meningkat menjelang minggu ketiga Ramadan

BAITULMAQDIS, 29 Syaaban 1443H, Jumaat – Ahli Parlimen Israel berhaluan kanan, Itamar Ben Gvir menceroboh masuk ke perkarangan Masjid al-Aqsa di Baitulmaqdis Timur dengan perlindungan ketat polis negara pengganas.

Ben-Gvir menyerbu tapak itu selepas polis Israel bersetuju membenarkannya melawat kompleks itu menjelang bulan Ramadan, yang akan bermula minggu ini.

Dalam satu kenyataan, Jabatan Wakaf Islam menyatakan Ben-Gvir menyerbu tapak itu melalui kompleks pagar Maghribi di bawah perlindungan polis Israel.

“Seorang wanita Palestin telah ditahan oleh tentera Israel di kawasan Bab Al-Asbat (Pintu Singa), di utara masjid,” katanya.

Pada 2003, kerajaan Israel secara unilateral membenarkan peneroka haram menyerbu kompleks Masjid al-Aqsa, walaupun mendapat bantahan daripada Jabatan Wakaf Islam, yang menyelia tapak suci di Baitulmaqdis.

Sejak itu, polis Israel membenarkan peneroka Yahudi, kecuali pada Jumaat dan Sabtu, menyerbu tapak itu pada waktu pagi dan selepas solat Zohor.

Kebimbangan semakin meningkat bahawa lawatan peneroka ke perkarangan ketika cuti Paskah Yahudi – yang bertepatan dengan minggu ketiga Ramadan – boleh menyebabkan konfrontasi antara penduduk Palestin dan polis Israel. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button