Dunia

China lakukan perkara ‘hampir sama’ genosid terhadap Uyghur

AS kutuk layanan buruk China terhadap etnik Uyghur, Islam minoriti

WASHINGTON, 29 Safar 1442H, Sabtu – Amerika Syarikat (AS) mendakwa, China kini sedang melakukan sesuatu yang ‘hampir sama’ dengan genosid melalui cara mereka melayan etnik Islam Uyghur di wilayah Xinjiang.

“Jika bukan genosid, ia sesuatu yang hampir dengannya di Xinjiang,” dakwa Penasihat Keselamatan AS, Robert O’Brien sambil berkata, kekerasan Beijing turut dipamerkan terhadap gerakan prodemokrasi di Hong Kong.

AS sebelum ini mengutuk layanan yang diberikan China terhadap etnik Uyghur dan beberapa Islam minoriti lain di Xinjiang, sehingga melaksanakan sekatan atas kesalahan yang dilakukan.

AS menganggarkan lebih daripada sejuta penduduk Islam ditahan di Xinjiang dengan aktivis mendakwa, jenayah terhadap kemanusiaan dan genosid sedang berlaku.

Bagaimanapun, China acap kali menidakkan dakwaan berkenaan dengan menegaskan kem tahanan merupakan pusat latihan dan sebahagian usaha mengekang keganasan di negara itu.

Jabatan Kastam dan Perlindungan Sempadan AS pada Jun berkata, pihaknya menahan bungkusan yang dihantar dari Xinjiang yang sebahagian merupakan produk rambut dan aksesori yang dipercayai menggunakan buruh paksa.

Setiausaha Negeri AS, Mike Pompeo pada Jun turut menggambarkan kekerasan terhadap etnik Islam di Uighur termasuk pemandulan, pengguguran dan perancangan keluarga secara paksa.

Namun, Pompeo pada bulan lepas memberi bayangan bahawa Washington masih mempertimbangkan penggunaan terma yang serius bagi menggambarkan situasi di Xinjiang.

“Apabila Amerika Syarikat bercakap tentang jenayah terhadap kemanusiaan atau genosid … kita perlu bertindak secara berhati-hati dan tepat kerana ia membawa maksud yang cukup berat,” katanya. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button