Berita UtamaDunia

Kejam! Zionis rancang pateri bilik warga Palestin

Mangsa didakwa lakukan pembunuhan ke atas seorang tentera Zionis

TEL AVIV, 29 Safar 1442H, Sabtu – Rejim pengganas Israel merancang untuk memateri bilik tidur lelaki warga Palestin dengan konkrit, lapor media tempatan.

Tindakan kejam itu bakal dilakukan susulan tidak berpuas hati dengan keputusan mahkamah yang menolak kebenaran merobohkan kediaman keluarga Nazmi Abu Bakar, 49.

Mahkamah berpendapat, memusnahkan kediaman itu adalah tidak sesuai kerana isteri Nazmi serta lapan anaknya tidak terbabit dengan kesalahan beliau.

Nazmi dituduh melakukan pembunuhan dengan kononnya menjatuhkan ketulan batu-bata ke atas kepala seorang anggota tentera rejim Zionis.

Kejadian itu berlaku pada 12 Mei lalu ketika serangan Israel di bandar Ya’bad di Tebing Barat yang diduduki.

Dalam pertuduhan itu, Nazmi didakwa berada di tingkat atas sebuah bangunan tiga tingkat, di mana tempat tinggal beliau bersama keluarga ketika rejim Zionis tiba. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button