Kemelut politik lahir dari sulbi sama
Tamakkan pangkat, perjuangan untuk bangsa hanya pemanis kata

PEGOLAKAN politik di Malaysia kalau di lihat secara dalam sedikit kita akan dapati semua aktor mempunyai sifat dan perangai sama. Aktor yang lahir dari sulbi yang sama walaupun mereka berada dalam parti yang berbeza.
Sulbi yang memerintah Malaysia sejak merdeka. Tak layak untuk dipanggil tokoh kerana perangai mereka amat jauh dari sifat seorang tokoh.
Kromosom harta dan pangkat diwarisi dari satu generasi ke satu generasi hingga sekarang dan akan diwariskan pula kepada generasi akan datang. Inilah hakikat aktor aktor sebahagian besar aktor-aktor parti Melayu di Malaysia.
Kemelut politik sekarang yang melanda parti-parti politik Melayu adalah lahir dari sulbi yang satu.
Kromosom tamakkan harta dan pangkat merupakan dua kromosom utama dalam aktor-aktor tersebut walaupun secara zahirnya dari parti- parti Melayu berlainan.
Perjuangan untuk bangsa hanya pemanis kata. Membela agama hanya kosmetik iman. Membina negara hanya perencah tuturkata. Itulah mereka yang sebenar.
Cukup memberi kepercayaan kepada mereka. Aktor penyangak sedang mencari ruang untuk menyucikan diri dari tuduhan yang boleh mempapakan mereka dari segala kemewahan sebelum ini.
Jika terlepas dari semua tuduhan mereka akan kembali kacau negara. Lompat sana sini mencari ruang-ruang kononnya boleh melenyapkan semua dosa.
Ayuh, selamatkan umat dari angkara mereka. Setengah kurun umat menderita akibat tipu daya mereka. Usah terpedaya dengan kata- kata manis mereka yang penuh berbisa.
Ustaz Sharipudin Abdul Kadir
Pemerhati politik