Berita UtamaDunia

Teknologi terkini, rahsia kejayaan ibadah haji Arab Saudi

Aplikasi ‘Smart card’ mengandungi maklumat terperinci para jemaah

JEDDAH, 29 Safar 1442H, Sabtu – Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi telah berkongsi rahsia kejayaan di sebalik keputusan membenarkan semula ibadat haji tahun ini, apabila terdapat sifar kes pandemik COVID-19.

Dalam wawancara eksklusif bersama Arab News, Menteri Haji dan Umrah, Dr Muhammad Saleh Taher Benten berkata, kerajaan menggunakan teknologi terkini bagi meningkatkan pengalaman jemaah haji musim ini.

Ketika ditanya mengenai usaha kementeriannya dalam mencegah penularan COVID-19, Dr Muhammad Saleh berkata, pihaknya telah melaksanakan langkah berjaga-jaga dalam setiap fasa haji, bermula dengan para jemaah yang dikuarantin di rumah.

Kementerian itu turut memperkenalkan institusi kuarantin bermula hari keempat hingga kelapan ibadat haji, dengan memberi gelang elektronik kepada jemaah serta mengarahkan penjarakan fizikal.

“Untuk tahun kedua berturut-turut, kementerian menggunakan platform elektronik melalui aplikasi ‘smart card’, dengan mengambil kira keperluan khas jemaah dari segi organisasi dan pengurusan perjalanan.

“Platform ini adalah ID digital diberikan kepada jemaah yang secara langsung dihubungkan dengan aplikasi ‘Smart Haji’ yang turut diawasi oleh kementerian,” katanya.

Tambahnya, ID digital itu mengandungi maklumat peribadi, kesihatan, maklumat penginapan seperti jumlah kumpulan, tempat duduk bas dan tempat tidur yang telah disediakan.

“Ini juga membolehkan para jemaah mengetahui program khas, tempat berkumpul dan waktu bertolak.

“Selain itu, kementerian telah mendaftarkan jemaah secara elektronik dengan menggunakan platform interaktif, yang menghubungkan 52 sistem dan dilengkapi oleh 30 badan pemerintah dan bukan kerajaan,” katanya.

Menteri itu berkata lagi, perkhidmatan berkenaan adalah sebahagian daripada strategi kementerian untuk mewujudkan platform maya bagi mengurangkan prosedur dan perkembangan teknikal yang diperlukan bagi mencapai misi Saudi Vision 2030, yang mengkhususkn khidmat kepada jemaah. – Agensi

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button