Berita Utama

COVID-19: Sabah terus catat jumlah kes baharu tertinggi

702 kes dilaporkan atau 80.6 peratus daripada keseluruhan 871 kes

PUTRAJAYA, 1 Rabiulawal 1442H, Ahad – Sabah kekal mencatatkan jumlah kes baharu harian COVID-19 tertinggi di negara ini dengan 702 kes dilaporkan, atau 80.6 peratus daripada keseluruhan 871 kes yang direkodkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam lepas.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata lonjakan kes itu disebabkan lebih banyak keputusan makmal diperoleh.

“Setakat 18 Oktober (hari ini), kes kumulatif COVID-19 di Sabah ialah sebanyak 7,439 (atau 36.3 peratus daripada jumlah keseluruhan di Malaysia),” katanya pada sidang media perkembangan terkini COVID-19 hari ini.

Beliau juga berkata hingga kini, seramai 251,030 individu di negeri itu telah menjalani saringan jangkitan virus tersebut.

Semalam, Sabah merekodkan 451 kes atau 51.9 peratus daripada kes keseluruhan harian yang dilaporkan di negara ini. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button