Berita Utama

Hajiji, isteri pulih COVID-19

Dibenar keluar dari wad di Hospital Queen Elizabeth pagi tadi

KOTA KINABALU, 1 Rabiulawal 1442H, Ahad – Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor, pulih daripada COVID-19 dan dibenarkan keluar dari wad di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini, pada jam 10.30 pagi tadi.

Turut dibenarkan pulang ialah isteri beliau, Datin Juliah Salag.

Hajiji yang bimbang dengan peningkatan jumlah kes COVID-19 di Sabah berkata, kerajaan negeri akan berusaha sedaya upaya untuk membendung penularan wabak itu.

“…yang penting ialah rakyat mesti berdisiplin, bekerjasama dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Hajiji mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Christina Rundi; Pengarah HQE Dr William Gotulis; Ketua Unit Penyakit Berjangkit Dr Lee Heng Gee; doktor-doktor pakar dan jururawat yang telah merawat beliau dan isteri.

Hajiji turut melahirkan penghargaan dan berterima kasih, kepada mereka yang sentiasa mendoakan kesembuhan dan kesihatan beliau, serta petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus berkorban masa dan tenaga bagi membendung penularan wabak COVID-19. – Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

Artikel berkaitan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button